You are currently viewing MysaveFood @ Ramadhan 2026

MysaveFood @ Ramadhan 2026

MYSaveFood@Ramadan 2026

Selamatkan Makanan, Kurangkan Pembaziran, Prihatin Komuniti

MYSaveFood@Ramadan 2026 ialah inisiatif Kolej Komuniti Gopeng dalam pengurusan sisa makanan (Food Waste Management) yang dilaksanakan di Bazar Ramadan Dataran Orkid, Batu Gajah dari 10 hingga 12 Mac 2026.

Program ini memberi tumpuan kepada usaha menyelamatkan lebihan makanan dan minuman yang masih selamat untuk dimakan daripada berakhir sebagai sisa, seterusnya mengagihkannya kepada golongan yang memerlukan.

🌍 SUMBANGAN KEPADA KELESTARIAN

SDG 2 β€” Zero Hunger

Menyalurkan lebihan makanan kepada golongan yang memerlukan.

SDG 3 β€” Good Health and Well-being

Menyediakan akses kepada makanan yang selamat dan berkualiti.

SDG 11 β€” Sustainable Cities and Communities

Membentuk komuniti yang lebih prihatin dan lestari.

SDG 12 β€” Responsible Consumption and Production

Mengurangkan pembaziran dan mengurus lebihan makanan secara sistematik.

SDG 13 β€” Climate Action

Mengurangkan sisa makanan dan potensi penghasilan gas metana.

SDG 17 β€” Partnerships for the Goals

Mengukuhkan kerjasama antara institusi, peniaga, sukarelawan dan komuniti.

🀝 SIAPA YANG TERLIBAT?

Program ini menghubungkan pelbagai pihak dalam satu ekosistem kelestarian:

  • Peniaga Bazar Ramadan
  • Sukarelawan muda
  • Penduduk setempat
  • Institusi pendidikan
  • Golongan yang memerlukan
  • Rumah kebajikan dan rumah ibadat

Kerjasama strategik turut melibatkan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia, Cawangan Negeri Perak dan Kolej Komuniti Batu Gajah.

🌱 IMPAK PROGRAM

396.55 kg

Lebihan makanan & minuman berjaya diselamatkan

3 Hari

Tempoh pelaksanaan program

6 SDG

Matlamat Pembangunan Lestari yang disokong

1 Komuniti

Institusi β€’ Peniaga β€’ Sukarelawan β€’ Masyarakat

Sepanjang tiga hari pelaksanaan, sebanyak 396.55 kg lebihan makanan dan minuman berjaya dikumpulkan daripada peniaga Bazar Ramadan Dataran Orkid. Kutipan tertinggi direkodkan pada 11 Mac 2026 sebanyak 160.30 kg, diikuti 10 Mac sebanyak 138.35 kg dan 12 Mac sebanyak 97.20 kg.

Leave a Reply