SMARTGREEN @ KKGPP

A SMALL STEP FOR A BETTER FUTURE

Pengenalan

Halatuju baharu Smartgreen PolyCC diharapkan dapat memberi manafaat kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta seluruh warganya. Melalui jaringan strategik tersedia di samping menerokai peluang-peluang baharu bagi memastikan halatuju mampan dapat direalisasikan, Smartgreen PolyCC menekankan keperluan terhadap kualiti hidup dan budaya kerja serta alam sejagat sebagai asas utama demi kemampanan dan keharmonian semua.

Laman Web Smartgreen PolyCC Kolej Komuniti Gopeng (KKGPP) ini menjadi sumber maklumat atas talian kepada semua warga KKGPP dalam pelaksanaan aktiviti berkaitan kemampanan sebagai tanda sokongan warga ke arah amalan hijau. Laman web ini juga bertujuan untuk mempromosikan SmartGreen PolyCC yang mengandungi pelbagai maklumat berkaitan kemampanan seterusnya dapat memperkasakan budaya hijau.

Diharapkan aktiviti mampan SmartGreen PolyCC memberi nilai tambah dalam pengurusan mampan yang berasaskan keharmonian manusia dan alam sekitar serta peningkatan ekonomi komuniti sekitar.

OBJEKTIF

SmartGreen KKGPP

Menjadi Pemacu Budaya Hijau di Kampus

Membangunkan kesedaran, amalan, dan budaya kelestarian dalam kalangan pelajar, staf, dan komuniti setempat melalui aktiviti pendidikan, latihan, dan projek berorientasikan alam sekitar

Memperkukuh Pengurusan Sumber Secara Mampan

Mengoptimumkan penggunaan tenaga, air, dan bahan di kolej melalui pelaksanaan sistem pengurusan hijau seperti pengurusan sisa, kitar semula, dan pengurangan jejak karbon

Menggalakkan Inovasi Hijau & Teknologi Lestari

Menggalakkan pelajar dan staf untuk membangunkan idea, produk inovatif, serta projek teknologi hijau yang boleh diaplikasikan dalam konteks kolej komuniti dan komuniti setempat.

Menjadi Rakan Strategik Komuniti untuk Kelestarian

Menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan, industri, dan NGO dalam melaksanakan program SmartGreen, menjadikan kolej komuniti sebagai model rujukan amalan hijau peringkat tempatan

CARTA ORGANISASI

SMARTGREEN POLYCC

Kolej Komuniti Gopeng

Kolej Komuniti Gopeng melalui Unit SmartGreen bertekad melahirkan graduan yang bukan sahaja mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing, malah berpengetahuan dalam pengurusan mampan sejajar dengan usaha memperkukuh pelaksanaan prinsip pembangunan lestari secara komprehensif dan bersepadu. Inisiatif seperti pengurangan jejak karbon, peningkatan kecekapan tenaga, pengurusan sisa lestari, serta pembangunan penyelidikan dan inovasi dalam teknologi hijau menjadi teras kepada aktiviti mampan SmartGreen PolyCC yang turut memberi nilai tambah kepada keharmonian manusia dan alam sekitar serta peningkatan ekonomi komuniti. Dengan penglibatan aktif warga akademik dalam inisiatif ini, Kolej Komuniti Gopeng berhasrat menyumbang kepada pembangunan lestari global dan mengukuhkan kedudukannya dalam penarafan UI Green Metric 2025 sebagai peneraju kelestarian dan kemampanan.

Fusce nec tellus sed augue semper porta mauris ipsum. Nulla metus metus, ullamcorper vel, tincidunt sed, euismod in, nibh.
Mathew Grey
Practising for 6 months
Fusce nec tellus sed augue semper porta mauris ipsum. Nulla metus metus, ullamcorper vel, tincidunt sed, euismod in, nibh.
Hector Aldo
Practising for 2 months
Fusce nec tellus sed augue semper porta mauris ipsum. Nulla metus metus, ullamcorper vel, tincidunt sed, euismod in, nibh.
Silvia Cruz
Practising for 4 months

“Hijau Bersama Kolej Komuniti Gopeng”

LENSA PEMERKASAAN BUDAYA HIJAU

Jom Ambil Tahu!

Menyemai kesedaran, Menuai kelestarian

Hubungi kami