Tahniah!. Selesai sudah program MSF@Ramadhan 2025 yang telah berlangsung selama 3 hari (11 – 13 Mac 2025) di Dataran Orkid, Batu Gajah.
Program MySaveFood(MSF) ini merupakan anjuran 2 buah kolej iaitu Kolej Komuniti Gopeng dan Kolej Komuniti Batu Gajah dengan kerjasama Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia.
Sepanjang 3 malam program dilaksanakan, projek telah berjaya:
1. Menyelamatkan 326.97 kg makanan daripada dibazirkan.
2. 630 pek makanan diedarkan kepada golongan berkeperluan.
3. Melibatkan 95 petugas/sukarelawan (terdiri dari staf,pensyarah dan pelajar) kolej yang komited melaksanakan tugas.
4.Melibatkan lebih 60 peniaga yang memberi sokongan semasa pelaksanaan projek.
Terima kasih kerana menjadi agen perubahan!
Semoga semangat sukarelawan ini terus subur, dan kita dapat terus berganding bahu untuk menyelamatkan lebih banyak makanan serta membantu mereka yang memerlukan.
Setiap usaha kecil kita mampu memberi impak besar kepada masyarakat dan alam sekitar.
“Selamatkan makanan, elak pembaziran” 

