You are currently viewing Majlis Apresiasi MySaveFood Perak 2025

Majlis Apresiasi MySaveFood Perak 2025

Kolej Komuniti Gopeng berbesar hati menerima jemputan daripada Pemuda GEMA Perak untuk menghadiri Majlis Apresiasi MySaveFood Perak 2025 yang telah berlangsung dengan penuh makna.
Majlis ini bukan sahaja menghargai usaha semua pihak dalam inisiatif pengurangan pembaziran makanan, tetapi juga menjadi platform penting dalam mengukuhkan jaringan kolaborasi antara institusi pendidikan dan komuniti setempat.
Terima kasih atas jemputan dan penghargaan yang diberikan. Semoga usaha murni ini terus mendapat sambutan dan menyemai kesedaran dalam kalangan masyarakat! 🌱💚

Leave a Reply