Urus E-Waste dengan Selamat • Guna Semula • Prihatin Komuniti
EcoCare: Kutipan E-Waste & Preloved Amal merupakan inisiatif kelestarian Kolej Komuniti Gopeng yang dilaksanakan pada 7 Februari 2026 di Masjid Ar-Rahmaniah. Program ini menggalakkan pengurusan sisa elektronik (e-waste) secara selamat dan berprosedur, di samping membudayakan amalan guna semula (reuse) melalui konsep preloved.
Program ini menyediakan platform kepada orang awam, pelajar dan komuniti sekitar untuk menyumbangkan barangan elektronik serta barangan terpakai yang masih boleh dimanfaatkan. Melalui pendekatan ini, komuniti bukan sahaja dapat mengurangkan sisa dan pencemaran, malah turut menyumbang kepada kebajikan masyarakat.